
"Nampaknya, Ambiga ini lebih hebat daripada ahli-ahli parlimen (Pakatan). Bagi saya, Ambiga buat macam itu, dia menghina ahli-ahli parlimen pembangkang yang ada pada hari ini.
"Kerana dalam parlimen, ramai ahli parlimen. Kalau sebagai ahli parlimen berbagai cara, mereka boleh menyuarakan lapan perkara, yang mereka tidak puas hati.
"Sepatutnya tugas ahli parlimen, tapi apa ahli parlimen buat," katanya ketika diminta mengulas saranan Ambiga supaya rakyat memakai apa-apa sahaja yang berwarna kuning sebagai sokongan berterusan kepada lapan tuntutan BERSIH.
Kenyataan Noh itu bagaimanapun dilihat bertentangan dengan pandangan Datuk Seri Najib Razak yang mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan dalang sebenar di sebalik perhimpunan itu.
Dinafikan hak bersuara
Perdana menteri pada 10 Julai dilaporkan berkata, perhimpunan Sabtu lalu merupakan rancangan terdesak ketua pembangkang untuk memanipulasi rakyat bagi meraih sokongan.
Bercakap dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini, Noh turut mengulas penggantungan dua ADUN BN Selangor dari menghadiri perbahasan sidang DUN Selangor semalam kerana mengingkari arahan speaker.

"Tetapi apabila berkuasa, di mana hak demokrasi kalau wakil rakyat hendak bercakap seperti mana mereka (Pakatan) mahu sebelum ini," katanya yang juga timbalan pengerusi perhubungan Umno negeri.
Semalam dilaporkan Ketua Pembangkang Datuk Mohamad Satim Diman diarahkan keluar DUN setelah mempertikaikan tindakan ADUN Sekinchan Ng Suee Lim yang dikatakan cuba memetik hadis dalam perbahasannya.
Manakala Ketua penerangan Umno negeri Abdul Shukor Idrus yang juga ADUN Kuang pula didakwa tidak mengendahkan larangan menyebut nama Yang di-Pertuan Agong ataupun Raja-raja Melayu dalam perbahasan.
Beliau yang juga ahli majlis tertinggi Umno mendakwa kerajaan Selangor sekarang menafikan kebebasan bersuara kepada BN sebagai pembangkang negeri.
Sumber Malaysiakini
Admin - Ni lagi satu dah berapa kali orang cakap BERSIH & Ambiga tidak ada kene mengena dengan PR atau mana2 invidu, mereka yg turun semuanya untuk mendapatkan pilihanraya yang BERSIH, tak habis lagi dok guna nama Ambiga yg di kutuk keras kerana mempertahankan Lina Joy. Dalam 8 tuntutan BERSIH tak ada 1 pon untuk mempertahankan mana2 individu sama ada Ambiga atau Lina Joy, tuntutan hanya untuk keadilan pilihan raya pada SPR. Kalau ada 1 tuntutan untuk mempertahankan individu yang saya cakap di atas tu, ingat orang Islam yg menentangnya dulu nak ke turun perhimpunan, apa yg di ajar Islam apa yang baik kena sokong, apa yg buruk kena tentang, bila menteri Umno nak buat baik pulak? cuba buat perhimpunan atau kempen "Jom puasa penuh" atau "jom solat 5 waktu" mesti ramai org Islam akan sokong anda walaupun ada antaranya penyokong PR. Letih cakap dengan org yg tak faham bahasa ni, nak mempertahankan kuasa sanggup buat apa saja.
Bila sokongan org Islam kurang dia cari isu nak melagakan Islam & agama lain, bila sokongan cina kurang dia cari isu melayu untuk burukkan keadaan, begitu juga dengan bangsa2 lain. Malaysia mmg melahirkan bangsa berbeza, tapi BERSIH berjaya mewujudkan semua bangsa menjadi serumpun. Susah sangat ke menteri2 nak terima kalau rakyat bersatu, umno dah tak dapat sokongan tu tak payah la bising2 nak melagakan orang, terima je la kenyataan rakyat dah cerdik dari menteri2 semua
ReplyDelete