Friday, 23 September 2011

Dibunuh sebab tolak ajakan seks


GAMBAR fail menunjukkan anggota polis menjalankan siasatan di tempat mayat Nurul Awatif dibakar di Jalan Bukit Belacan, Ampang Jaya pada 5 September lalu.



SHAH ALAM – Polis semalam mendedahkan pembunuhan seorang remaja perempuan yang mayatnya ditemui dengan kesan terbakar hampir 80 peratus di dalam semak berhampiran loji kumbahan di Jalan Bukit Belacan 5 September lalu berikutan keengganannya untuk melakukan hubungan seks.

Menurut polis, akibat penolakan tersebut, teman lelaki mangsa yang juga suspek dalam kes itu disyaki cuba memperkosa remaja berkenaan. Suspek merupakan seorang pelajar institut pengajian tinggi awam berusia 19 tahun dari Ukay Perdana, Ampang.
Pelajar tahun dua Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan itu ditahan pada pukul 12 tengah hari, 12 September lalu di Seri Iskandar, Perak.

Ketika ditahan, polis merampas sebuah telefon bimbit milik mangsa dan sebuah kereta jenis Perodua Kancil milik keluarga suspek yang didapati mempunyai keterangan-keterangan fizikal seperti rambut yang diyakini ada hubung kait dengan kes bunuh itu.
Siasatan awal ketika itu mendapati, suspek membeli petrol di dua buah stesen minyak di kawasan Ampang Jaya untuk membakar mangsa.
Mangsa dikenali sebagai Nurul Awatif Syakir, 19. Dia merupakan pelajar Maahad Tahfiz Al-Tijarah, Selayang, Gombak.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, siasatan pihaknya setakat ini mendapati suspek dikatakan mengambil tindakan drastik untuk membunuh mangsa selepas berang apabila permintaannya ditolak.

Katanya, polis juga telah mendapatkan laporan penuh bedah siasat ke atas mangsa tetapi enggan mendedahkannya sehingga siasatan selesai.

“Sehubungan itu, permohonan kita untuk melanjutkan tempoh reman ke atas suspek telah dibenarkan sehingga 27 September ini bagi membantu polis menjalankan siasatan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan Aidilfitri Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini semalam.

Baru-baru ini Kosmo! melaporkan, mayat seorang remaja perempuan ditemui berhampiran loji itu pada 5 September lalu dengan kesan terbakar hampir 80 peratus badannya pukul 1.35 petang.
Sebelum itu, ahli keluarga mangsa membuat laporan mengatakan mangsa tidak pulang selepas keluar pada pukul 8.30 malam sehari sebelum itu dan pengecaman dibuat berdasarkan cebisan baju kurung serta sepasang anting-anting.



Wednesday, 21 September 2011

DOWNLOAD HANTU BONCENG FULL MOVIE PERCUMA

YOUTUBE DOWNLOAD : TONTON ONLINE FILEM HANTU BONCENG 2011


0d4ef9

Berita baik untuk semua peminat Filem Hantu Bonceng, lakonan Zizan Raja Lawak, Juliana Evans dan Jue Aziz. Untuk pengetahuan semua, sekarang anda sudah boleh mendownload filem ini secara percuma di sini. Macam mana nak download? Caranya mudah sahaja.

Disini Ammar senaraikan 3 jenis file untuk didownload secara percuma. Pertama MediaFire, kedua Fileserver dan ketiga Wupload. Kalau Ammar lebih suka download dengan MediaFire sebab senang je lepas download file tu klik kanan dan extract here dan terus boleh tengok movie tu.

MEDIA FIRE:
PART 1 KLIK SINI
PART 2 KLIK SINI

FILE SERVER:

WUPLOAD:


Thursday, 15 September 2011

K'jaan mansuhkan ISA dan Akta Buang Negeri


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini mengumumkan keputusan kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Buang Negeri 1959.

"Sepertimana yang saya janjikan dalam ucapan sulung saya semasa mula-mula mengambil alih jawatan perdana menteri pada 3 April 2009, ISA akan dikaji secara komprehensif.

"Suka saya mengumumkan pada malam yang bersejarah ini, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (yakni ISA) akan dimansuhkan terus," katanya dalam ucapan perutusan khasnya sempena Hari Malaysia malam ini.

Selain memansuhkan ISA, katanya, kerajaan juga akan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.

"Sehubungan dengan itu lagi, kita tidak akan teragak-agak untuk meminda atau memansuhkan undang-undang yang tidak lagi relevan," tambahnya.

Perdana menteri juga mengumumkan prinsip pembaharuan tahunan bagi permit pencetakan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan.

sementara itu, Najib berkata, kerajaan, di bawah Fasal 3 Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, akan membentangkan kepada kedua-dua Majlis Parlimen usul agar ketiga-tiga proklamasi darurat yang telah diisytihar dulu, ditamatkan kuatkuasanya.

"Pada hemahnya, sudah tiba waktu rakyat Malaysia menuju masa depan dengan paradigma seterusnya yang berasaskan harapan baru dan bukannya terbelenggu oleh nostalgia kekangan sejarah lampau," tambahnya.

Gubal dua undang-undang baru

Bagaimanapun, katanya, untuk mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah bagi memelihara ketenteraman dan keselamatan awam, dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal di bawah semangat serta payung Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan.

"Pokoknya, akta-akta ini nanti bermatlamat untuk memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.

"Di atas segalanya, kerajaan akan tetap memastikan hak asasi mereka yang terbabit terpelihara. Apa-apa undang-undang yang diperbuat akan mengambil kira hak dan kebebasan asasi berlandaskan Perlembagaan Persekutuan.

"Undang-undang baru ini akan memperuntukkan tempoh tahanan oleh polis yang secara substansialnya lebih pendek daripada apa yang ada sekarang dan apa-apa tahanan lanjut hanya boleh dibuat dengan perintah mahkamah kecuali undang-undang berkaitan keganasan, masih dikekalkan bawah kuasa Menteri," tambahnya.

Di sudut lain, tambahnya, kerajaan juga memberi komitmen bahawa mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik.

"Umumnya pula, kuasa untuk melanjutkan penahanan akan beralih daripada badan eksekutif kepada badan kehakiman kecualilah undang-undang berkaitan keganasan itu tadi," tegasnya.

Kerajaan juga akan mengkaji semula seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan.

"Namun, kebenaran berhimpun diberi selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak disamping mengambilkira norma-norma di peringkat antarabangsa," tegasnya.

Sumber : http://www.malaysiakini.com/news/175950

Kucing Terpanjang di Dunia


Seekor kucing di Amerika telah mendapat sandaran sebagai kucing terpanjang berdasarkan rekod dunia terbaru yang tercatat di dalam Guinness World Record.

Kucing yang bernama Stewie itu berusia 5 tahun dan mempunyai tubuh sepanjang 123cm dari mula hujung hidungnya hingga hujung ekornya.

"Kami menyedari tubuh Stewie yang panjang sekitar tiga tahun lalu," kata Mr Hendrickson kepada Reno Gazette-Journal. "Semua orang memuji dengan mengatakan, 'Panjang sekali kucing itu!' "

Pemilik kucing istimewa itu, Robin Hendrickson dan Erik Brandsness dari Reno, Nevada, mengatakan bahawa mereka telah membuat keputusan untuk mendaftarkan kucing mereka ke dalam buku rekod dunia itu setelah mendengar kekaguman orang ramai terhadap kepanjangan tubuh Stewie.Stewie telah mengalahkan rekod kepanjangan kucing sebelumnya yang berukuran 121cm.



Manusia Jadian

Photobucket

Photobucket



Photobucket


Photobucket


Photobucket

Buku Raksasa seberat 600 kilogram



Buku yang menceritakan tentang Pahlawan Chelyabinsk ini dipenuhi dengan gambar-gambar peperangan. Cerita tentang perjuangan mereka selama perang dunia ke 2 dalam membebaskan Ratu Rusia. Buku ini dibuat untuk memperingati dan menceritakan kembali sejarah tersebut kepada orang awam. Panjang buku ini ialah 6 meter, lebarnya 3 meter dan beratnya sekitar 600 kilogram.






PERKASA: Mungkin kerajaan lemah

PERKASA menyifatkan kerajaan mungkin lemah apabila didakwa tidak bertegas terhadap Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berhubung kenyataannya dalam isu Mat Indera dan tragedi Bukit Kepong.

NONEPresiden kumpulan pendesak Melayu itu Datuk Ibrahim Ali berkata, selepas pelbagai tuntutan dibuat di dada akhbar, termasuk melucutkan kerakyatannya, sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil.

"Kalau kita cadang Mat Sabu ditangkap, kita akan ditertawakan. Apakah kerajaan kita lemah? Mungkin, sebab kita tidak bersatu.

"Kalau kita mahu kerajaan kita bertindak tegas, yang penting ditunjukkan dahulu bahawa Melayu bersatu. Kalau tak bersama, macam mana tindakan tegas boleh diambil," katanya dalam forum membincangkan isu Mat Indera di Kuala Lumpur malam tadi.

Berucap di hadapan ratusan peserta, Ibrahim mendakwa, isu sebelum ini seperti penganjuran perhimpunan BERSIH 2.0, isu Gereja Methodist Damansara Utama dan usaha memurtadkan juga menyaksikan tiada tindakan.

Anggota parlimen Pasir Mas itu berkata, walaupun kerajaan cuba "menarik rambut dalam tepung", kesabaran orang Melayu mempunyai batasnya.

Cabut bulu

bersih memo to suhakam 130907 mat sabu"Nasib baik saja Mat Sabu. Kalau saya jadi menteri dalam negeri, dah hancur Mat Sabu ini. Daripada bulu atas sampai bulu bawah saya cabut.

"Tetapi macam saya cakap tadi, kerajaan kena bertindak bijak. Kita bersabar. Tetapi sabar ada batasnya," katanya yang terkenal dengan kelantangannya itu.

Dengan nada amaran, Ibrahim berkata, apabila rakyat hilang kepercayaan kepada kerajaan ia menunjukkan "tanda yang tidak baik dalam negara".

"Jangan rakyat ambil undang-undang dalam tangannya sendiri. (Presiden Majlis Perunding Melayu) Prof (Kamarudin) Kachar kata tadi, kalau jumpa, dia akan tempeleng Mat Sabu.

"Jadi, perdana menteri please (tolong), menteri dalam negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein please bertindaklah dengan tegas daripada sekarang," katanya.

Kamarudin antara ahli panel dalam program itu di samping ahli akademik Prof Dr Ramlah Adam, anak pengasas Umno Datuk Onn Jaafar bernama Jaafar dan bekas pengarah polis Cawangan Khas Dr Zulkifli Ab Rahman.

Pemimpin haprak


Sambil menyifatkan pemimpin PAS sebagai "haprak" dan "tidak kenal lagi batas", Ibrahim berkata tindakan Mohamad memalukan umat, sedangkan bangsa lain didakwa begitu gembira.

NONE"Kita PERKASA akan terus berjuang. Jangan setakat bertepuk tangan, kita kena berjuang. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan," katanya.

Bagaimanapun, Ibrahim juga menawarkan penyelesaian lain dengam berkempen memastikan kekalahan calon PAS dalam pilihan raya umum yang dikatakan tidak lama lagi.

"Tolong berkempen kalahkan mereka ini dalam pilihan raya ke-13 ini. Sebab kalau tak buat demikian, mereka bertanding dan menang pula, (ini) tunjukkan apa dia (Mohamad) buat, (mereka) kata diterima masyarakat.

"Ini paling saya takut. Ini paling saya bimbang. Sejarah boleh berulang," katanya yang mendapat tepukan gemuruh.

Sambil mendakwa Mohamad sebagai "perkakas DAP" dengan menghina pejuang kemerdekaan, Ibrahim juga mempertikai kenyataan pemimpin parti Islam itu berdasarkan latar pengajiannya di universiti dalam bidang seni reka sebelum ini.

Note :  Sambil menyifatkan pemimpin PAS sebagai "haprak" dan "tidak kenal lagi batas":>>>SI BANGSAT NI LUPA KE DIA MENANG PARLIMEN PASIR MAS GUNA LAMBANG BULAN SERTA EHSAN PEMIMPIN PAS.MUKA TEBAL MENGGERUTU TAK TAHU MALU.PATUTLAH ORG GELAR KAU KATAK..PTUIII

Wednesday, 14 September 2011

Berhati – Hati Membeli Makanan Di Indonesia!

Berhati - Hati Membeli Makanan Di Indonesia!

JIKA anda berkunjung ke Indonesia, anda perlu berhati-hati dengan makanan yang anda pilih.
Soal halal dan haram di Indonesia agak pelik sedikit adakalanya.

Jangan kerana kalau dilihat sesuatu itu nampak macam halal atau ditulis halal, kita terima bulat-bulat.
Dalam gambar tidak bertarikh di atas yang kami peroleh daripada sumber internet, jelas memperlihatkan kebimbangan yang hendak disampaikan.

Beef…daging lembu…halal…Haji…dan semuanya ada.
Namun, lihat gambar itu betul-betul. Kepala apa yang terletak di atas meja itu?

Sama ada mempersendakan Islam atau kejahilan…di Indonesia benda seperti ini bukanlah sesuatu yang pelik.
Bukan bersikap prejudis, tetapi hanya ingatan.

Wanita Shanghai Tukar Baju Dalam Kereta Api

Wanita Shanghai Tukar Baju Dalam Kereta Api

GAMBAR dan rakaman video yang menunjukkan wanita-wanita Shanghai menanggalkan dan menukar pakaian mereka dalam kereta api menjadi topik hangat di China ketika ini.

Pada 22 Ogos, seorang warga internet telah mencetuskan kekecohan selepas memuat naik gambar dan rakaman video seorang gadis dalam kereta api Shanghai Metro.

Rakaman video itu menunjukkan gadis berkenaan sedang menanggalkan kesemua pakaiannya kecuali pakaian dalam dan memakai pakaian lain dalam gerabak kereta api.

Warga internet mempercayai bahawa gadis tersebut mungkin lewat untuk kerja atau melakukannya untuk menarik publisiti kerana pakaian yang dipakai kelihatan seperti pakaian seragam untuk tujuan ‘cosplaying’ (pementasan busana).

Wanita Shanghai Tukar Baju Dalam Kereta Api

Ada pihak yang mengatakan bahawa perbuatan sebegitu adalah tidak bermoral dan tidak enak dipandang manakala golongan lain tidak bersetuju dengan bantahan orang ramai.

Seorang pengguna intertet di China menulis, “Apa masalah besarnya? Pembangunan masyarakat sepatutnya bermakna lebih banyak kepelbagaian/kemajmukan. Jika kita terlalu berpegang kepada idea-idea tradisional, kita tidak akan dapat mengejar masa/fesyen. Adakah semua orang masih ingat tahun 80-an, di mana mengintai wanita di bilik air boleh mengakibatkan dihukum mati?

“Sekarang jika kita fikirkan tentang perkara itu, tidakkah ia begitu keterlaluan?

Sumber: Fann Sim | What’s buzzing? (Yahoo! News Malaysia)

Thursday, 8 September 2011

Syarikat konsesi tol kaut keuntungan RM13b

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini mempersoalkan mengapa syarikat utama konsesi lebuh raya masih menaikkan kadar tol sedangkan mereka telahpun memperolehi semula kos pembinaan dan mengaut keuntungan "yang besar".

Timbalan Menteri Kerja Raya, Yong Khoon Seng, dalam jawapan bertulis kepada soalan Lim di Dewan Rakyat, mendedahkan syarikat konsesi yang menguruskan 27 lebuh raya telah meraih sejumlah RM37.7 bilion kutipan tol, di samping tambahan RM2.1 bilion pampasan daripada kerajaan.

dap on highway concessionaires 080911 showing documents














Dengan kos pembinaan berjumlah RM26.4 bilion, ia memberi
keuntungan lebih RM13 bilion kepada syarikat konses, kata Lim yang juga setiausaha agung DAP, dalam sidang akhbar di ibupejabat parti itu di Kuala Lumpur hari ini.

Oleh itu, Lim ingin tahu mengapa kadar tol terus meningkatkan, sedangkan mereka sudahpun mendapat keuntungan, dengan menyebut Lebuhraya Utara Selatan Projek (Plus) sebagai contoh yang ketara di mana tempoh konsesinya adalah sehingga tahun 2039.

Mengikut Statistik yang disediakan oleh Lim, Lebuhraya Utara-Selatan dibina dengan kos RM5.9 bilion, tetapi ia telah mengutip lebih RM23.5 bilion kutipan tol, di samping tambahan RM735.2 juta pampasan daripada Kerajaan .

Isteri, anak gadis Mat Sabu diugut simbah asid

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mendakwa menerima SMS ugutan yang mengancam mahu menyimbah asid terhadap isteri dan anak perempuannya.

Katanya, kiriman SMS itu diterima semalam dan beberapa hari lalu daripada individu yang tidak dikenali.

Beliau menyifatkannya sebagai ancaman berat yang diterimanya berpunca daripada laporan Utusan Malaysia pada 27 Ogos berkaitan Mat Indera, tragedi Bukit Kepong dan sejarah kemerdekaan yang didakwa memfitnahnya.

Ditanya sama ada beliau akan membuat laporan polis, Mohamad berkata beliau akan berbincang dengan peguam terlebih dahulu dengan peguamnya Mohamed Hanipa Maidin.

Turut hadir dalam sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur anggota parlimen Shah Alam Khalid Samad.

Tinggal 24 jam sebelum Utusan disaman

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hari ini menghantar notis supaya Utusan Malaysia supaya menarik balik laporan dan memohon maaf di atas penyiaran laporan bertarikh 27 Ogos lalu yang didakwa berunsur fitnah.

NONE














Katanya, beliau memberikan tempoh selama 24 jam untuk berbuat demikian sebelum menfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ekoran laporan muka depannya bertajuk "Mat Sabu Hina Pejuang".

"Utusan Malaysia pada 27 Ogos yang tulisannya pada muka depannya langsung tidak sama dengan ucapan saya yang sebenarnya. Saya dengar berkali-kali.

"Ia telah menimbulkan fitnah dan kemarahan orang ramai terhadap saya.

"Fitnah itu terlalu berat dan besar akibat laporan Utusan Malaysia pada 27 Ogos, sehingga berlaku kehangatan politik dan fitnah terhadap saya sehingga ada ancaman berat yang saya lalui pada hari ini," katanya dalam sidang media di ibu pejabat parti itu hari ini.

Sunday, 4 September 2011

Hantar Sihir & Ilmu Hitam Melalui Gambar di Facebook. Boleh ke?

Salam semua

Tadi aku berkesempatan tengok rancangan Wanita Hari Ini. Topik yang dibincangkan kali ni pada aku agak menarik sebab ramai orang mengambil mudah perkara ni iaitu mengenai Panahan Gangguan. Ingat, jangan perlekehkan mesej yang aku nak sampaikan kali ni, sebab benda ni berlaku betul-betul dan janganlah kita menidakkan kewujudan jin dan syaitan dengan alasan khurafat sedangkan mempercayai benda ghaib itu sebahagian dari Rukun Iman kita.


Baiklah, mengenai panahan gangguan ni, tanpa kita sedari sebenarnya sihir dan ilmu hitam boleh dihantar kepada kita hanya melalui tenungan mata sahaja. Malahan jangan terperanjat jika dikatakan bahawa hanya melalui gambar di internet seperti Facebook, blog, majalah dan sebagainya boleh menyebabkan kita menerima gangguan daripada jin dan syaitan. Kalau korang tak percaya, korang boleh baca petikan ini. Hasil daripada kajian dan google aku sebentar tadi...

Kawan/sahabat saya merupakan ahli perubatan Islam, rakan seguru saya yang sedang belajar di UPSI ( Universiti Penguruan Sultan Idris). Beliau telah terpanggil untuk merawat seorang muslimah yang kerasukan di kolej kediaman. Selepas rukyah dan dibakar JIN yang menganggunya akhirnya ketua JIN muncul.
Maka sesi soal jawab pun bermula dan JIN tersebut akhirnya mengaku kalah.

Apabila diarahkan mengambil barang sihir, ianya amat memeranjatkan semua yang hadir semasa melihat rawatan itu, ketua JIN mengaku barang sihir tersebut adalah gambar yang diambil di dalam laman “FACEBOOK”. 

Sahabat saya menyuruh JIN meninggalkan badan muslimah itu. Kemudian ibu bapa pelajar itu datang untuk bawa berubat di kampung halamannya. Mudahan pelajar itu cepat sembuh. Semoga pembaca budiman dapat ambil pengajaran daripada pengalaman perubatan Islam ini. Berhati-hati memuat naik (upload) gambar di laman web sama ada FB, MS, Twitter dan seibu bapanya. Semoga Allah lindungi kita dari syiatan yang dilaknat dan kita janganlah mencari penyakit. 

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda :

“Janganlah kamu mencampakkan dirimu ke lembah kebinasaaan”

Maka, kita semua perlu berhati-hati. Jangan sewenang-wenangnya nak upload gambar di Facebook, blog, YM dan bagi MMS pada orang yang tak dikenali. Maklumlah, rambut sama hitam, hati lain-lain. Dan sebentar tadi, ustaz kat WHI tu ada bagi beberapa tips untuk elakkan diri kita terkena sihir melalui pandangan. 

  • Jika hendak upload gambar di FB, Blog etc. jangan sekali-kali mempamerkan keseluruhan tubuh badan. Hanya separuh sahaja kerana, gambar keseluruhan akan menampakkan kelima-lima pancaindera kita dan memudahkan sihir dihantar. Sebagaimana hadis Rasulullah SAW: "Sesungguhnya Syaitan (Jin) itu berjalan di dalam tubuh anak Adam sebagaimana darah yang mengalir di tubuhnya". 
  • Sekiranya  keadaan memerlukan gambar kita yang mempamerkan seluruh badan contohnya untuk interview, lubangkan sedikit mana-mana bahagian pancaindera contohnya lubangkan di bahagian kaki supaya sihir tersebut sukar dihantar. 
  • Amalkam membaca doa ini yang mana Rasulullah ajar jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut : 


p/s: Jangan terlalu taksub dengan pujukan alam maya!

Friday, 2 September 2011

Al-Fatihah - Takziah kepada keluarga Jurukamera BernamaTV Noramfaizul bin Mohd Nor


NORAMFAIZUL BIN MOHD NOR - Berpengalaman luas dalam misi bantuan kemanusiaan bersama Kelab Putera 1Malaysia. dikenali dengan nama ZUL. Beliau seorang yang berpandangan tajam dan tidak mudah berpuas hati dengan hasil kerjanya.


Jurukamera BernamaTV terbunuh ditembak di Somalia

02/09/2011 11:43pm

KUALA LUMPUR 2 Sept. - Jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd. Nor, 41, meninggal dunia setelah terkena tembakan curi semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia dan BAKTI di Mogadishu, Somalia malam ini.

Wartawan BernamaTV Khairulanuar Yahaya yang turut serta dalam misi itu berkata, kejadian itu berlaku semasa Noramfaizul bersama rakan media elektronik yang sedang menaiki trak dalam perjalanan ke sebuah pusat komersial untuk menghantar berita telah terkena tembakan curi yang mengenai bahunya dan menembusi parunya.

Kejadian itu berlaku pada pukul 10.30 malam waktu Malaysia dan Noramfaizul meninggal dunia semasa menerima rawatan pada pukul 11.07 malam waktu Malaysia (Malaysia lima jam lebih awal dari Mogadishu), katanya.

Khairulanuar berkata, tembakan itu ditujukan kepada trak tentera kerajaan yang mengiringi pasukan media dalam liputan berita telah tersasar dan mengena Noramfaizul yang duduk berdekatan tingkap.

Misi tersebut yang berlepas pada 28 Ogos dari Kuala Lumpur, dijangka pulang 8 September ini. - Bernama

SUMBER : Utusan Malaysia

p/s : Inna lilla wainna lilla hilirodjiun, Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan tergolong dengan golongan yang soleh. Salam Takziah kepada keluarga Allayarham. Al-Fatihah, amin.

Jurukamera BernamaTV terbunuh ditembak di Somalia

Jurukamera BernamaTV terbunuh ditembak di Somalia

02/09/2011 11:43pm

KUALA LUMPUR 2 Sept. - Jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd. Nor, 41, meninggal dunia setelah terkena tembakan curi semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia dan BAKTI di Mogadishu, Somalia malam ini.

Wartawan BernamaTV Khairulanuar Yahaya yang turut serta dalam misi itu berkata, kejadian itu berlaku semasa Noramfaizul bersama rakan media elektronik yang sedang menaiki trak dalam perjalanan ke sebuah pusat komersial untuk menghantar berita telah terkena tembakan curi yang mengenai bahunya dan menembusi parunya.

Kejadian itu berlaku pada pukul 10.30 malam waktu Malaysia dan Noramfaizul meninggal dunia semasa menerima rawatan pada pukul 11.07 malam waktu Malaysia (Malaysia lima jam lebih awal dari Mogadishu), katanya.

Khairulanuar berkata, tembakan itu ditujukan kepada trak tentera kerajaan yang mengiringi pasukan media dalam liputan berita telah tersasar dan mengena Noramfaizul yang duduk berdekatan tingkap.
Misi tersebut yang berlepas pada 28 Ogos dari Kuala Lumpur, dijangka pulang 8 September ini. - Bernama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...