Monday, 29 August 2011

Perperangan Akhir Yakjuj Dan Makjuj

| Assalamualaikum |

Apa khabar? Sihat? Harap para pembaca semua sihatlah ya. Nampaknya entri kali ini masih lagi berkisarkan tentang Yakjuj dan Makjuj iaitu kesinambungan daripada entri Fakta Mengenai Yakjuj Dan Makjuj dan juga Sejarah Asal Usul Yakjuj Dan Makjuj. Kepada sesiapa yang masih belum membacanya lagi, sila klik ok. Segala cerita yang akan dipaparkan ini adalah 100% berpandukan buku-buku di bawah ini. Setelah anda membacanya, jadikan ia sebagai pengatahuan sahaja kerana tidak salah membaca dan mengkaji asalkan iktikadnya tetap satu. Apa-apa pun, pegangan yang paling tepat sekali hanyalah al-Quran dan hadis kerana itulah sumber yang paling sahih.

Senarai rujukan yang digunakan oleh penulis. Entri ini merupakan sinopsis terhadap buku-buku ini

Peristiwa-Peristiwa Sebelum Kedatangan Yakjuj Dan Makjuj

Berbalik semula kepada tajuk asal, sebelum munculnya Yakjuj dan Makjuj untuk membuat kekacauan di dunia ini, terdapat pelbagai peristiwa aneh yang akan berlaku sebelum kedatangannya itu. Di antara perstiwa-peristiwa tersebut adalah, keluarnya asap dukhan yang memenuhi timur dan barat bumi (tanda kiamat yang pertama), kemudian munculnya Imam Mahdi, munculnya  si laknat Dajjal, dan turunnya kembali Nabi Isa a.s untuk membunuh si laknat Dajjal lalu mencorakkan kembali dunia yang telah rosak akibat dari perperangan Armageddon iaitu perperangan di antara tentera Khilafah pimpinan Imam Mahdi dengan tentera Freemason pimpinan si laknat Dajjal.

Si laknat Dajjal merupakan pemimpin terhadap anggota kumpulan Freemason/Illuminati, manakala Imam Mahdi pula adalah pemimpin terhadap anggota kumpulan Khilafah.

Setelah Nabi Isa a.s berjaya membunuh si laknat Dajjal di pintu gerbang Kota Lud/Lydda iaitu di Lapangan Terbang Ben Gurion di Israel. Maka malapetaka masih lagi terus menimpa umat Islam! Kini terdapat mata-mata yang sedang mengintai dunia melalui pergunungan-pergunungan tinggi di wilayah utara bumi iaitu di banjaran Himalaya, banjaran Caucasus, banjaran Tien Shan dan banjaran-banjaran lain yang berdekatan dengannya. Musuh kali ini ternyata lebih hebat dan dasyat berbanding si terkutuk Dajjal bersama para pengikutnya (Freemason dan Zionis) sehinggakan Nabi Isa a.s sendiri dan seluruh kaum muslimin pun tidak mampu untuk melawannya!

Lapangan Terbang Ben Gurrion atau Gerbang Lud. Di sinilah tempat si laknat Dajjal akan dipancung oleh Nabi Isa kelak

Cuba bayangkan betapa dasyatnya malapetaka akhir zaman kelak (harap ia tidak lagi berlaku semasa hayat kita ini). Ketika bangsa Yakjuj dan Makjuj telah memunculkan dirinya, dunia ketika itu dikatakan baru sahaja hampir pulih daripada kesan tanda kiamat besar yang pertama iaitu kemunculan asap dukhan yang menyelubungi timur dan barat bumi. Asap itu dikatakan akan mengakibatkan orang kafir (tidak berpuasa dan solat) boleh menghidapi penyakit radang manakala orang yang beriman (yang bersolat dan selalu berpuasa) pula hanya menghidapi penyakit selsema sahaja. Asap dukhan itu dikatakan akan menyelubungi bumi dalam tempoh masa yang agak lama, kemungkinan besar asap itu datangnya dari meteor yang akan terhempas ke bumi (wallahualam).

Menurut sumber rujukan, pada akhir zaman kelak segala kecanggihan teknologi akan musnah sama sekali. Segalanya adalah berpunca daripada kesan asap dukhan yang menyelubungi dunia ketika itu (tanda kiamat yang pertama) dan orang kafir pula banyak yang akan mati akibat dari perperangan, wabak penyakit serta kebuluran. Asap dukhan itu dipercayai akan merosakkan segala hasil pertanian dan penternakan sedikit demi sedikit sehinggalah menjadi kurang! Ini adalah kerana, asap dukhan itu akan menghasilkan hujan asid yang berlarutan sehingga membawa kepada ketandusan dunia. Lihatlah hadis di bawah ini:

“Tidak akan datang hari kiamat sehingga hujan turun secara merata kepada manusia tetapi bumi tidak menumbuhkan tumbuhan sama sekali” (Musnad Ahmad 3:140)
Pada zaman akan datang, segala kecanggihan teknologi dikatakan akan lumpuh lalu kehidupan manusia kembali semula menjadi masyarakat di zaman dahulu kala (zaman Rasulullah saw).


Kenapa Yakjuj Dan Makjuj Terselamat Dari Malapetaka?

Menurut sumber rujukan, Yakjuj dan Makjuj sebenarnya telah lama terbebas di muka bumi ini (wallahualam). Mereka terdiri daripada suku bangsa Scythian iaitu suku kaum di Mongolia (Xiongnu, Mongol dan Tartar) dan juga suku kaum di wilayah selatan Russia (Khazar, Aryanomad, Hun Alan). Mungkin orang akan tertanya-tanya iaitu kenapa pada waktu ini masyarakat di sana tidak sedikit pun membuat kekacauan terhadap dunia? Menurut pendapat para pengkaji Islam, Yakjuj dan Makjuj sebenarnya adalah manusia biasa (cucu-cicit Nabi Adam) maka sudah tentu ianya tidak adil jika Allah swt menjadikan mereka seperti haiwan tetapi di akhirat nanti mereka akan dihukum seperti manusia lain. Jadi kesimpulannya, kehidupan Yakjuj dan Makjuj pada masa kini adalah sama sahaja seperti kita iaitu mempunyai pegangan agama, patuh pada undang-undang negara dan sebagainya.

Untuk pengatahuan semua, masyarakat Mongol dan Khazar (Yakjuj dan Makjuj) sejak turun temurun lagi mengamalkan corak pemakanan yang amat bebas. Mereka akan makan apa sahaja yang mereka mahu seperti ulat, anjing, kucing, labah-labah, katak, ular, kura-kura, daun pokok, usus beruang dan lain-lain (sumber: National Geographic). Kesan daripada corak pemakanan bebas yang diamalkan oleh bangsa ini telah menyebabkan keadaan mereka menjadi agak berlainan sedikit berbanding bangsa-bangsa yang lain. Sifat mereka dikatakan agak sensitif dan tubuh badan mereka pula jauh lebih kuat berbanding bangsa lain tetapi mudah dihinggapi penyakit.
Salah satu corak pemakanan bebas yang diamalkan oleh bangsa-bangsa  di asia tengah
Lihatlah semasa wabak penyalit H1N1 dan SARS melanda dunia suatu ketika dahulu, negara merekalah yang paling ramai terkena jangkitan! Amalan pemakanan bebas ini telah mengakibatkan sistem keimunan tubuh mereka menjadi sangat-sangat lemah. Selain bangsa Mongol dan Khazar, mungkin terdapat banyak lagi bangsa lain yang mengamalkan corak pemakanan bebas contohnya seperti masyarakat di Papua New Guinea, Vietnam, Kemboja, Indonesia, China dan lain-lain. Akan tetapi, pada masa akan datang mungkin mereka akan mati akibat keracunan asap dukhan atau mungkin Imam Mahdi telah mengislamkan mereka (wallahualam). Pernahkah anda terfikir bagaimanakah keadaan bangsa Khazar dan Mongol (Yakjuj dan Makjuj) apabila dilanda masalah kebuluran?


Keluarnya Yakjuj Dan Makjuj Membawa Kemusnahan Yang Dashyat!

Ketika asap dukhan (tanda kiamat yang pertama) sedang melanda dunia, masyarakat dikatakan akan mengalami masalah kebuluran yang amat kriktikal tetapi mereka dapat menghadapinya dengan baik namun berbeza pula dengan kaum Khazar dan Mongol, mereka dikatakan akan menjadi sangat ganas dan dashyat lalu mereka mengamalkan semula cara hidup kuno mereka iaitu Nomad Gasar seperti merompak dan membunuh! Setelah sumber makanan mereka telah kehabisan, maka bermulalah episod huru-hara yang maha dashyat! Mereka dikatakan akan berkumpul beramai-ramai lalu memanjat tembok-tembok semula jadi ciptaan Allah swt yang merupakan banjaran-banjaran tinggi. Dari situ, mereka akan meluru turun di dalam keadaan lapar dan dahaga terus menunju ke Tasik Tiberia di Palestin lalu meminumnya sehingga kering.

Tasik Tiberia di Palestin yang dikatakan akan diminum oleh bangsa Yakjuj dan Makjuj sehingga kering

Ketika Yakjuj dan Makjuj sedang melakukan kemusnahan yang dashyat di muka bumi ini seperti membaham binatang liar, binatang ternakan, manusia, serangga, tumbuh-tumbuhan, memusnahkan bandar-bandar, meminum air tasik/sungai sehingga kering, membuang air kecil/besar merata-rata, penduduk di dunia dikatakan tidak mampu untuk melawan mereka. Terlalu ramai penduduk yang telah terkorban ketika berperang dengan mereka. Kaum muslimin ketika itu tidak lain dan tidak bukan hanyalah berkurung di dalam rumah sahaja di samping berdoa dan bertawakal tanpa henti.

Kekuatan bangsa Yakjuj dan Makjuj sangatlah luar biasa sehinggakan Nabi Isa sendiri pun tidak mampu menghadapinya

Pada waktu itu, negara China dan India dikatakan telah pun hancur dimamah Yakjuj dan Makjuj. Sebelum Yakjuj dan Makjuj tiba di timur tengah, Nabi Isa mendapat laporan daripada kaum muslimin bahawa negeri mereka telah pun  dihancurkan oleh mereka. Setelah mendengar laporan itu, Nabi Isa a.s segera memohon petunjuk dari Allah swt lalu Allah swt memerintahkan Nabi Isa a.s supaya bersegera membawa kaum muslimin berlindung di Bukit Tursina, Mesir. Kemudian Nabi Isa a.s memohon lagi pertolongan daripada Allah swt agar seluruh umat Islam dilindungi dari kejahatan Yakjuj dan Makjuj lalu Allah swt menghantar binatang merayap (iaitu sejenis virus berbentuk ulat) untuk menyerang leher dan belakang mereka sehingglah keseluruhan bangsa itu binasa dan mati.

Bukit Tursina, Mesir yang dikatakan sebagai tempat persembunyian Nabi Isa dan kaum muslimin di bawah perintah Allah 

Menurut pendapat para pengkaji Islam, binatang merayap yang dimaksudkan itu adalah sejenis virus  yang boleh berjangkit. Ia dipercayai datangnya dari corak pemakanan bebas yang diamalkan oleh bangsa Yakjuj dan Makjuj seperti memakan daging mentah serta minum air sungai. Untuk membersihkan bangkai Yakjuj dan Makjuj yang bergelimpangan di sana-sini, lalu Allah swt menghantar burung bersaiz unta untuk membawa bangkai tesebut ke daerah yang diperintahkan-Nya. Kemudian Allah swt telah menurunkan hujan yang amat lebat membasahi keseluruhan tempat sehingga bumi menjadi benar-benar bersih seperti kilauan cermin (putih seperti pasir pantai). Maka setelah itu, bumi dikatakan akan kembali menjadi subur dan menghijau. Nabi Isa a.s pula dikatakan akan memerintah dunia selama 40 tahun sehingga aman dan makmur dan beliau sempat menjalani ibadat haji dan umrah sebelum beliau wafat.

Para pengakaji Islam percaya bahawa 'ulat merayap' yang akan menyerang leher dan belakang Yakjuj dan Makjuj itu merupakan sejenis virus atau bakteria yang mudah berjangkit. 
Bangkai Yakjuj dan Makjuj yang bergelimpangan akan dibersihkan sendiri oleh Allah swt melalui burung dan hujan lebat

Maka dengan itu, diisytiharkan bahawa tamatlah segala episod mengenai Yakjuj dan Makjuj. Segala kebenarannya hanya Allah swt sahaja yang maha mengatahui. Jika diberi kesempatan, insyaallah saya akan update lagi entri-entri yang menakjubkan khas buat anda semua. Segala kebenaran datangnya dari Allah swt, manakala sebarang kesilapan datangnya dari diri saya sendiri.

Sekian, Terima Kasih

Sejarah Asal-Usul Yakjuj Dan Makjuj

*Sambungan dari entri : Fakta Mengenai Yakjuj Dan Makjuj (sila klik jika anda masih belum membacanya lagi).

| Assalamualaikum wbt |

Apa khabar? Diharap para pembaca semua sihat walafiat serta sentiasa dirahmati Allah swt hendaknya. Saya percaya, tentu anda seringkali terdengar mengenai perihal kedasyatan bangsa Yakjuj dan Makjuj serta bencana besar yang akan dilakukan oleh mereka pada masa akan datang. Akan tetapi, adakah kita semua tahu bagaimanakah sejarah asal-usul mereka? Mengapa mereka akan memakan apa sahaja yang berada di hadapan mereka? Apakah yang menyebabkan tubuh badan mereka lebih kuat dan hebat berbanding bangsa-bangsa yang lain? Adakah mereka ini termasuk di dalam golongan manusia? Untuk entri kali ini, saya akan merungkaikan secara amat terperinci mengenai sejarah asal usul bangsa Yakjuj dan Makjuj sebagai santapan pengatahuan buat anda semua!


Sedutan Daripada Kitab Kasyful Ghoibiyah

Bermulalah kisah Nabi Nuh a.s mempunyai 4 orang anak lelaki iaitu Sam, Ham, Kan'an dan Yafis..

1- Sam menurunkan bangsa Arab Romawi dan Ajam.
2- Ham menurunkan bangsa Habsyi dan Zangi yang berkulit hitam.
3- Yafis menurunkan bangsa Turki Barbar, Mongol, Yakjuj dan Makjuj.
4- Kan'an pula tidak sempat menghasilkan zuriat kerana mati ditenggelami banjir.

Dari kiri adalah bangsa Arab Romawi, tengah adalah bangsa Zangi, manakala kanan pula adalah bangsa Mongol (Yakjuj)

Ham dikatakan telah menjadi raja di Mesir, Yafis telah menjadi raja di Hindustan dan Sam pula mungkin menjadi rakyat biasa sahaja. Yafis mempunyai anak yang bernama Aaj, Aaj pula mempunyai anak bernama Auj dan Auj pula mempunyai anak bernama Unuk. Kini bermulalah kisah kehidupan anak istimewa yang bernama Unuk ini. Unuk merupakan kanak-kanak yang menghidapi penyakit terlebih hormon tumbesaran tubuh badan (penyakit ini masih lagi wujud sehingga ke hari ini). Oleh kerana saiz tubuh badan manusia pada zaman dahulu adalah besar-besar, maka saiz badan Unuk pula adalah berkali-kali ganda lebih besar berbanding saiz badan manusia yang lain! mungkin ketinggian badan Unuk lebih tinggi daripada menara Burj di Dubai (wallahualam). Ada satu lagi penyakit yang dihidapi oleh Unuk iaitu penyakit down syndrome iaitu tidak mampu berfikiran matang seperti mana orang dewasa. Cara pemikiran Unuk sentiasa seperti pemikiran kanak-kanak di dalam lingkungan usia 7-12 tahun.

Untuk pengatahuan semua, Nabi Nuh a.s mempunyai umur yang sangat panjang iaitu mengjangkau 950 tahun! Menurut riwayat, ketika zaman Nabi Nuh a.s, Unuk inilah yang ditugaskan untuk mengambil kayu terbesar di negara Mesir untuk dijadikan bahan binaan bahtera Nabi Nuh a.s. Menurut riwayat lagi, ketika terjadi banjir besar di zaman Nabi Nuh, Unuk dikatakan tidak tenggelam (wallahualam). Unuk hanya perlu memanjat sedikit sahaja gunung tinggi untuk menyelamatkan diri sedangkan putera Nabi Nuh a.s sediri yang bernama kan’an pun tenggelam ditelan banjir walaupun berada di puncak gunung! Sungguh besar sekali badan Si Unuk ini. Ketika banjir sedang berlaku, hanya puncak gunung Ararat di Turki sahaja yang timbul dari permukaan air bah. Di khabarkan berita bahawa bahtera Nabi Nuh akhirnya berlabuh di puncak gunung tersebut dan Unuk pula meninggal dunia ketika zaman Nabi Musa a.s.

Beginilah keadaan dashyat banjir besar Nabi Nuh suatu ketika dahulu. Ramai manusia melarikan diri ke puncak gunung namun mereka tetap ditelan banjir besar itu.
Inilah puncak Gunung Ararat, Turki yang dikatakan tempat bahtera Nabi Nuh berlabuh.

Untuk dijadikan cerita, pada suatu hari Unuk tiba-tiba datang ke negeri Rom dan bertemu dengan raja di situ. Untuk memenuhi fitrahnya sebagai lelaki yang telah akhil baligh (walaupun pemikirannya tidak matang) maka Unuk talah mengemukakan satu permintaan terhadap sang raja, “Tuan, cubalah carikan saya seorang gadis... tetapi awas! Jika tuan tidak dapat memenuhi kehendak saya maka saya akan karamkan negara tuan dengan air laut ini (tsunami)”. Bukan main terkejutnya sang raja setelah mendengar permintaan Si Unuk itu. Fikiran raja terus mejadi kusut, di mana mungkin beliau boleh mencari si gadis yang tubuhnya sebesar badan Si Unuk itu! Tetapi raja tidak kehabisan akal di situ, beliau telah meminta tempoh selama dua belas tahun daripada Unuk untuk mencari gadis tersebut dan Unuk pun menerima permintaan sang raja tersebut.

Mulai saat itu, sang raja memulakan usaha kerasnya demi mengumpulkan ahli pengukir batu dari seluruh pelusuk dunia untuk membuat sebuah patung gadis rasaksa! Ahli pengukir batu itu ditugaskan untuk memahat, mengukir, melukis dan mewarna sebuah gunung batu menyerupai seorang gadis jelita yang sedang berbaring. Setelah diukir siap selama 12 tahun maka perut si gadis itu telah dikorek sehingga mempunyai ruang di dalamnya. Di dalam perut gadis tersebut dimasukkan pula sisa-sisa daging mentah seperti haiwan ternakan yang mati, sisa makanan dan lain-lain daripada penduduk di situ kononnya untuk dijadikan sebagai isi perut patung gadis tersebut. Daging-daging mentah itu telah dibawa masuk ke dalam perut si gadis melalui liang kemaluan patung gadis tersebut.

Sesetengah pengkaji Islam percaya bahawa banjaran besar di Asia Utara inilah yang dikatakan  telah diukir menjadi sebuah patung gadis rasaksa.

Setelah benar-benar siap lalu dipanggilnya Unuk untuk melihat si gadis yang dimintanya dahulu. Bukan main seronoknya hati Si Unuk setelah melihat patung itu, cantik dan mengghairahkan! Sehelai benang pun tidak menutupi tubuhnya. Unuk tidak dapat menahan lagi perasaan ghairahnya, lalu dijimaknya patung itu seperti singa yang sedang lapar! Setelah puas, Si Unuk terus berlalu pergi tanpa kembali lagi (mungkin meninggal dunia). Menurut riwayat lagi, air mani Unuk telah bersatu dengan daging mentah di dalam perut patung gadis tersebut lalu membusuk. Maka dengan kuasa Allah swt (kunfayakun, jika Allah swt mengkehendakinya lalu jadilah ia) daging yang busuk tersebut akhirnya telah berulat sebesar saiz tubuh seorang bayi lalu menjadi kepompong, dari kepompong tersebut maka menetaslah seorang bayi manusia yang sempurna seperti manusia biasa! Jumlah kepompong itu teramatlah banyak sehingga tidak terkira! Wajah mereka pula adalah bulat dan berkulit kuning dipercayai seperti wajah orang Asia Tengah (wallahualam).

Mungkin beginilah keadaannya ketika Unuk ingin berjima' dengan patung gadis tersebut. 

Setelah kesemuanya menetas dari kepompong, lalu mereka berasa sangat lapar dan dahaga lalu mereka pergi mencari makanan. Dengan melalui liang kemaluan patung itulah merupakan pintu gua tempat mereka keluar dan masuk. Mereka keluar dan memakan apa sahaja yang mereka temui terutama binatang ternakan penduduk di situ. Setelah itu, pada zaman pemerintahan Iskandar Zulkarnain, ditutuplah pintu gua itu dengan tembok besi lalu mereka tidak dapat keluar mengganggu lagi. Sebagaimana keterangan di dalam entri Fakta Mengenai Yakjuj Dan Makjuj, pada saat kiamat hampir tiba, mereka akan keluar setelah tembok tutupan mereka hancur di korek mereka. Menurut hadis, ketika zaman Nabi Muhammad swt, saiz lubang yang telah dikorek oleh bangsa Yakjuj dan Makjuj adalah sebesar bulatan yang berdiameter lebih kurang 3-inci! Agaknya sebesar manalah saiz bulatan yang telah dikorek oleh mereka ketika ini ya? Sesetengah pengkaji Islam telah  menyatakan bahawa mereka sudah lama terbebas ke dunia luar. Mereka adalah dari kalangan suku kaum Mongolia (Yakjuj) dan juga suku kaum Khazar (Makjuj) di selatan Russia! (wallahualam).

Gambar rajah Tembok Besi Zulkarnain di Fergana yang kini telah pun dikorek oleh bangsa Yakjuj dan Makjuj

Perhatian! Segala cerita di atas adalah dipetik daripada kitab lama Kasyful Ghoibiyah oleh Sheikh Zainul Abidin Ibn Muhammad Al-Fathoni. Yang benar itu datangnya dari Allah swt manakala yang sebaliknya pula datangnya dari diri saya sendiri. Sekadar ingin berkongsi ilmu. Sekian Terima Kasih.



Fakta Mengenai Yakjuj Dan Makjuj

| Assalamualaikum wbt |


Saya percaya, hampir kesemua pembaca blog ini telah acap kali mendengar mengenai perihal bangsa Yakjuj dan Makjuj atau di dalam bahasa inggeris-nya disebut sebagai Gog and Magog. Ia merupakan salah satu daripada 10 tanda-tanda besar kiamat. Untuk entri kali ini saya akan menerangkan secara amat terperinci mengenai bangsa Yakjuj dan Makjuj berlandaskan pelbagai sumber rujukan dan pandangan ulama’ tersohor. Di harap entri saya pada kali ini dapatlah dijadikan sebagai ilmu yang sangat bermanfaat buat anda semua.


Yakjuj dan Makjuj adalah dua bangsa manusia yang akan muncul ketika dunia hampir kiamat untuk melakukan kejahatan dan kerosakan dasyat di muka bumi ini. Bangsa-bangsa ini dikatakan telah wujud sejak ribuan tahun lalu tetapi mereka dikurung di suatu lokasi rahsia oleh seorang pemerintah silam iaitu Zulkarnain. Sejak dikurung di lokasi tersebut, mereka terus hidup dari satu keturunan hingga ke keturunan yang lain sehinggalah tibanya waktu pembebasan mereka iaitu menjelang hari kiamat.

Sejak kewujudan bangsa-bangsa tersebut di ketahui umum, pengkaji terus-menerus mencari jawapan kepada pelbagai persoalan mengenai kehidupan mereka serta lokasi misteri yang mengurungi bangsa tersebut. Siapa sangka di sebalik kemajuan ketamadunan yang menghasilkan banyak bandar-bandar besar dibina di seluruh dunia, masih wujud bangsa misteri di satu lokasi yang menjadi ‘pusat tahanan’ Yakjuj dan Makjuj dan lokasi itu telah pun berjaya dijumpai pada hari ini bersama benteng atau temboknya.

Sifat dan ciri-ciri bangsa Yakjuj dan Makjuj bukanlah seperti mana yang di gempar-gempurkan oleh masyarakat barat (contohnya seperti illutrasi di atas). Sebagai orang Islam kita wajib mengkajinya berlandaskan Al-Quran dan Hadis.
Dalil Al Quran mengenai Yakjuj dan Makjuj

Kewujudan Yakjuj dan Makjuj adalah suatu yang pasti dan wajib diimani oleh seluruh umat Islam berdasarkan tanda-tanda besar sebelum tibanya hari kiamat. Kewujudan bangsa ini diceritakan sendiri oleh Allah swt menerusi firman-Nya di dalam kitab suci Al-Quran. Antaranya, menerusi surah al-kahfi, ayat ke-92 hingga 98, Allah swt berfirman:

Sehingga apabila ia sampai di antara dua gunung, ia dapati di sisinya satu kaum yang hampir-hampir mereka (Zulkarnain) tidak dapat memahami perkataan.
Mereka berkata: "Wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?" 
Dia menjawab: "(kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku dengan tenaga (kamu beramai-ramai) aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh.
Bawalah kepadaku ketul-ketul besi"; sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu, dia pun perintahkan mereka membakarnya dengan berkata: "Tiuplah dengan alat alat kamu" sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah dia: "Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya". Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu, dan mereka juga tidak dapat menebuknya.
(Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: "Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu benar".

Derbent Wall merupakan salah satu tembok yang menghalang Yakjuj Makjuj daripada keluar ke daerah lain. Ia bukanlah dibina oleh Zulkarnain tetapi ia dapat membantu memperkukuhkan lagi pertahanan terhadap serangan Yakjuj Makjuj.

Setelah dikurung oleh Zulkarnain, Allah swt menceritakan pula mengenai kebangkitan bangsa Yakjuj dan Makjuj, pada hari-hari terakhir dunia sebelum kiamat. Yakjuj dan Makjuj akan turun ke dunia melalui puncak-puncak gunung tinggi. Menerusi surah al-Anbiyaa’, ayat ke-96 dan 97, Allah swt berfirman:

(Demikianlah keadaan mereka) hingga apabila terbuka tembok yang menyekat Yakjuj dan Makjuj, serta mereka meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi.
Dan hampirlah datangnya janji hari kiamat yang benar, maka dengan serta-merta pandangan mata orang-orang yang kufur ingkar terbeliak (sambil berkata dengan cemas): "Aduhai celakanya Kami. Sesungguhnya kami telah tinggal dalam keadaan yang melalaikan kami daripada memikirkan perkara ini, bahkan kami telah menjadi orang-orang yang menganiaya diri sendiri".


Tembok Yakjuj Dan Makjuj Telah Terbuka

("…Maka mereka… tidak dapat menebuknya…"; al-Kahfi:97) Ayat ini telah menyatakan bahawa mereka tidak dapat menebuk tembok tersebut. Beribu-ribu tahun Allah swt memelihara tembok tersebut dan tiada sesiapa pun yang mampu menebuk tembok itu melainkan apabila Allah swt mengizinkan Yakjuj dan Makjuj dilepaskan.

Sebaliknya, di dalam satu hadis pula ada menceritakan iaitu Nabi bangkit dari tidur (dalam satu riwayat yang lain, Nabi masuk ke rumah Zainab binti Jahsyi), lalu berkata, "Celakalah Arab kerana kejahatan telah hampir. Yakjuj dan Makjuj telah menembusi tembok seluas ini!" Nabi mengisyaratkan lubang dengan menemukan ibu jari dan jari telunjuk.

Cuba kita perhatikan, hadis diatas ini telah menyatakan bahawa tembok itu "telah pun ditembusi" tetapi bagaimana pula dengan ayat 97 surah al-Kahfi yang menyatakan bahawa Yakjuj dan Makjuj "tidak dapat menebuknya"? Makna terhadap 
ayat 97 surah al-Kahfi ini adalah, t
iada satu makhluk pun di seluruh alam ini mampu menebuk tembok tersebut kecuali dengan keizinan Allah swt manakala makna hadis diatas pula adalah, Allah swt telah pun melepaskan mereka dan mereka telah pun berjaya menebuk tembok tersebut melalui keizinan Allah swt. Kesimpulannya ialah, bangsa Yakjuj dan Makjuj sudah lama terlepas keluar ke dunia luar! (segala kebenarannya hanyalah milik Allah swt).


Bencana Di Sebalik Gunung

Puncak gunung yang dikatakan sebagai tempat Yakjuj Makjuj akan turun di akhir zaman nanti adalah di pergunungan Caucasus dan juga banjaran-banjaran tinggi di sekitar Mongolia, Kazakhstan dan juga Russia Selatan contohnya seperti banjaran Himalaya, Tien Shan, Elbruz, dan lain-lain. Banjaran-banjaran yang tinggi itu merupakan tembok semula jadi ciptaan Allah swt sebagai penghalang daripada ancaman dashyat Yakjuj dan Makjuj dan selebihnya pula adalah tembok-tembok ciptaan manusia sendiri iaitu Tembok Besi Iskandar Zulkarnain di Fergana, Tembok Besar China, Gerbang Besi Tiemen Kuan, Tembok Derbend di Gunung Caucasus, Tembok Gorgan di Iran Utara dan Tembok Kota Zeng Zhou (segala kebenarannya hanyalah milik Allah swt).

Tembok semula jadi di utara dunia
Tembok-tembok inilah yang dikatakan telah menyekat serangan Yakjuj dan Makjuj  terhadap penduduk terdekat suatu ketika dahulu. Selain dari kisah sejarah Tembok Besi Zulkarnain, pernahkah anda meneliti sejarah mengenai tujuan pembinaan Tembok Besar China? (sila klik). Sejarah telah mencatatkan bahawa puak-puak nomad Mongol (diyakini sebagai suku kaum Yakjuj) dan puak-puak nomad Turkik (diyakini sebagai kaum Makjuj) telah lama mengganggu dan menyerang ketenteraman penduduk di China lalu Tembok Besar China dibina bagi menghalang kaum Yakjuj dan Makjuj daripada mencoroboh masuk! Perhatian, Tembok Besar China bukanlah tembok yang dibina oleh Zulkarnain. Sesetengah pengkaji Islam menyatakan bahawa Tembok Besi Zulkarnain diyakini berada di Tasik Toktogul di sekitar banjaran Tien Shan, di Fergana (segala kebenarannya hanyalah milik Allah swt).

Salah satu tembok buatan manusia iaitu Tembok Besar China. Tembok Besar China bukanlah Tembok Besi Zulkarnain tetapi ia juga dapat digunakan untuk memperkukuhkan lagi pertahan di Asia Tengah.
Dalam surah Al-Kahfi ayat ke-90 ada menyatakan bahawa Zulkarnain tiba ‘di tempat terbitnya matahari’ yang mana lokasinya adalah di Timur bumi. Yakjuj dan Makjuj berasal dari bangsa Tartar, Khazar dan juga Mongol iaitu di sekitar selatan Russia, Mongolia serta Kazakhstan. Sesetengah ulama' juga ada menceritakan bahawa bangsa itu telah lama dikurung di kawasan Asia Tengah. Mengikut hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, ciri-ciri suku kaum Yakjuj dan Makjuj dikatakan seperti orang Asia Tengah iaitu berkulit kuning, bermuka bulat, dan tidak ubah seperti bangsa Scythian Asiatik (Mongol = Yakjuj) dan Scythian Eropah (Russia Selatan = Makjuj). Hipotesis yang paling kuat buat masa ini telah menyatakan bahawa memang mereka la bangsa itu (segala kebenarannya hanyalah milik Allah swt)

Ciri-ciri suku kaum Makjuj ( sila klik gambar untuk lihat dengan lebih jelas)
Ciri-ciri suku kaum Makjuj (sila klik gambar untuk lihat dengan lebih jelas)

Jika kita mengatakan bahawa bangsa Yakjuj dan Makjuj itu hanya hidup di dalam tanah dan sentiasa mengoreknya sehingga ke hari ini adalah tidak logik sama sekali kerana amat mustahil jika sesorang manusia dapat hidup di dalam tanah tanpa berbekalkan udara dan makanan yang mencukupi juga tanpa cahaya matahari! Tembok yang telah menjadi penghalang terhadap suku kaum Yakjuj dan Makjuj daripada keluar telah lama dikorek dan dihancurkan oleh mereka. Kini mereka hanya menunggu masa sahaja untuk melakukan keganasan dan kemusnahan di penghujung dunia kelak!

Khayalan masyarakat barat mengenai bangsa Yakjuj dan Makjuj. Kaum Mole hanyalah  kisah dongeng semata-mata!


*Segala kebenaran datangnya dari Allah swt manakala segala kesilapan datangnya dari diri saya sendiri. Sekian Terima Kasih. 

Bersambung di entri: Sejarah Asal-Usul Bangsa Yakjuj Dan Makjuj

Maaf atas post yang tidak berfaedah

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera.......

Kebanykan post-post saya sebelum ini terdapat unsur pendedahan aurat,hiburan yang terlampau dan post yang tidak memberi manafaat. Tersentuh hati saya sepotong hadis yang menerangkan hal-hal berkaitan Iman.Hiburan boleh dibolehkan di dalam Islam tetapi perlulah tidak keterlampauan, mendedahkan aurat, dan hal-hal yang dikaitkan boleh membawa dosa.
   
Dari Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda :
" Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah berkata yang baik atau berdiam diri."




KEMATIAN:
Semua insan di dunia termasuk pembaca yang membaca post ini turut akan merasai kematian.

     “Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati” (QS. 3 Ali Imran : 185)

Kematian itu pasti dan ajal yang datang itu tidak boleh dielak oleh makhluk ciptaan Allah.

    “Dimanapun kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, walaupun kamu berada di dalam benteng yang tinggi dan kukuh” (QS. 4 An nisa : 78).



Mengigati kematian adalah sunat tetapi bukanlah sehingga terlalu ekstream seperti tidak lalu makan dan meninggalkan urusan dunia terus sehingga melupakan tanggungjawab.Rasulullah pernah bersabda:

    “Perbanyakkanlah mengingati akan sesuatu yang memisahkan nikmat iatu mati”


Sepanjang saya cuti selama 4bulan banyak telah mempelajari ketika menghadiri orang yang nazak dan orang yang telah meninggal dunia.Ketika insan sedang nazak untuk mati, orang sekelilingnya tidak tahu apa yang dilihat dan dirasai  kesakitan merasai azab sakaratul maut oleh orang yang nazak.

    Sesungguhnya semua manusia diberi masa 24jam yang sama tetapi janganlah rugi akan masa yang anda telah bazirkan selama mana anda telah hidup...moga menjadi renungan

Friday, 12 August 2011

Kebesaran ALLAH.. Bayi Dalam Bayi



Afiah Syafina, seorang bayi perempuan berusia 2 bulan, anak dari pasangan Bambang Sarianto & Syarifah yang keduanya berkerja sebagai Guru Sekolah di Tebing Tinggi, Bayi pasangan ini mengalami Perut Buncit, yang setelah dicheck dianggap Tumor yang harus segera dibedah.

Saat pasangan ini menjumpai Prof.dr.Chairuddin P.Lubis, beliau Secara langsung menghubungi Pak Biebie (Rtn.Kentjana Salim) dari Rotary Club Deli Medan.

Rotary Club Deli Medan cepat kesana dan membantu pembiayaan biaya pembedahan dan rawatan di Rumah Sakit Gleni International Medan.

Dengan ditemani oleh Dr.Djeni Bijantoro SBB SPBA, Operasi pembedahan dilaksanakan pada hari Sabtu, 19 Januari 2008 dari jam 08:00 - 11:30

Hasilnya cukup mengejutkan dan ternyata yang disangka Tumor itu adalah Janin berusia 5 bulan!!

Saat ini si kecil Afiah dalam keadaan sihat.

Berikut adalah gambar-gambarnya. Dari Rtn.Paul - Rotary Club Deli Medan







Repost By Alien Crew

Wednesday, 10 August 2011

Hadis Palsu Hukum Haram Merokok

SEJARAH TERCIPTANYA ROKOK!!! 

Rasulullah SAW pernah bersabda (maksudnya) : “Kelak akan datang kaum-kaum di akhir zaman, mereka suka menyedut asap tembakau dan mereka berkata: Kami adalah umat Muhammad padahal mereka bukan umat ku dan aku juga tidak... menganggap mereka sebagai umat ku, bahkan mereka adalah orang yang celaka” 

Abu Hurairah R.A yang mendengar sabda tersebut bertanya: “Bagaimana sejarah tembakau itu tumbuh wahai Rasulullah?” 

Sabda Rasulullah SAW : “ Sesungguhnya setelah Allah menciptakan Adam dan memerintahkan para malaikat untuk sujud (tanda penghormatan) kepada Adam, seluruh malaikat kemudian sujud kepadanya kecuali iblis. Dia enggan, sombong dan termasuk orang-orang yang kafir. Allah bertanya kepada iblis : Wahai iblis apa yang menyebabkan kamu tidak mahu sujud ketika Aku memerintahkan mu? Kata iblis : Aku lebih baik darinya, aku tercipta dari api sedangkan ia dari tanah. Allah berfirman: Keluarlah engkau dari syurga, sesungguhnya engkau terkutuk dan engkau dilaknat hingga akhir. Iblis keluar dalam ketakutan hingga terkencing-kencing. Dari titisan kencing iblis itulah tumbuh sejenis tumbuhan yang dinamakan pokok tembakau.” 

Nabi bersabda lagi : “Allah memasukkan mereka ke dalam neraka dan sesungguhnya tembakau adalah tanaman yang keji” 

(Saya petik keseluruhan maksud hadis ini dari buku ‘HARAM MEROKOK’ oleh Adil Akhyar muka surat 12) Kepada rakan2 ku yang merokok, moga kita tidak rasa tersinggung hati dengan hadis ini - B.B.Bangi.   " copied from my fren "


Tadi ku terima satu maklumbalas dari facebookku mengenai satu post hadith maudhu' mengenai rokok dan setelah check dengan beberapa ustaz confirm hadith tue palsu so kepada sahabat dan diri sendiri juga yang berpost tu, berhati-hati dalam berdusta atas nama Nabi SAW. Sila rujuk dahulu sebelum mempost sesuatu yg kita tiada ilmu mengenainya. 

Ini hadis sahih ke hadis dhaif ? ke hadis palsu?

Jom kita tengok beberapa jawapan yang didapati dalam forum al-fikrah :

1)  Palsu, tembakau cuma ditemui oleh penjajah Sepanyol ketika mendarat di Latin Amerika sekitar abad ke 16M. Kaum Latin Amerika yang pertama kali menanam tembakau.

2)  Hadis ini adalah palsu. Ia tidak diriwayatkan dalam mana-mana kitab hadis, yang sahihnya atau yang dha`ifnya.
Ia adalah satu pembohongan yang keji atas nama Nabi. Haram menyebarkannya.

3) Jika wujud hadith yg spefisik dan sahih dalam bab merokok, maka mudahlah Majlis Fatwa Kebangsaan memfatwakan haramnya merokok…sampai sekarang, MFK belum lagi gazzette fatwa keharaman rokok kerana faktor terbesar ialah tiada larangan khusus dalam AQ & AS. Ia cuma Qias dan laporan sains klinikal sahaja.

4) Penulis buku HARAM MEROKOK ini iaitu Adil Akhyar pernah menulis buku  mengenai “poligami tidak sunnah” ( nonsense ? )

5) Manuskrip setua mana sekalipun memang tidak dikira. Jika tidak sudah tentu para huffaz meriwayatkannya. Hadith ini juga tidak ditemui dalam karya hadith sahih, da’if, dan mawdu’ (palsu). Tidak tahu datang dari mana da…

Berdasarkan apa yang di atas, saya percaya ni memang betol lah hadis palsu.. lagipon di cari cari, memang tak jumpe siapa perawi hadis ni..yang tukang sebar banyak, tapi tak de pon jumpe siapa perawi hadis ni..

Hadis palsu ni kene tentang habis habisan.. Tak boleh disebarkan.. Siapa siapa yang tahu pasal hadis ni boleh komen kat sini ? salah silap sila betolkan..

Tapi jangan silap faham plak.. even hadis ni palsu tapi hukum merokok still HARAM..cume tak boleh gune hadis ni dalam menguatkan fakta yang rokok itu haram..wallahuallam..

Pengharaman rokok bukan datang dari hadis Nabi secara direct. Lebih kurang seperti dadah. Tapi adalah Fatwa yang dikeluarkan ulama’ ulama' berdasarkan dalil aqli (akal, perbandingan) dan dalil naqli (Hadis, Al-Quran).

Antara Fatwa merokok itu HARAM ialah:-
* Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia kali ke 37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 di Kuala Lumpur.
* Fatwa yang termasyur di seluruh dunia iaitu Al-Marhum Mufti Saudi, Syeikh Abdul Aziz bin Baaz
* Fatwa Al-Azhar terdahulu iaitu Syeikh Abdullah Al-Masyd (Ketua Lembaga Fatwa Azhar), Dr. Ahmad Umar Hashim (Naib Canselor Al-Azhar) dan lain lain.

10 SEBAB MENGAPA ISLAM MENGHARAMKAN ROKOK
1. Rokok menjejaskan akal (mental)
2. Rokok membahayakan kesihatan fizikal
3. Rokok membahayakan keselamatan diri dan orang lain.
4. Rokok membahayakan keturunan
5. Rokok mengganggu manusia lain.
6. Rokok menimbulkan akhlak buruk
7. Rokok mensia-siakan waktu hidup
8. Rokok bercanggah dengan maruah keislamana
9. Rokok membazirkan harta (wang)
10. Rokok mengandungi dadah (nikotin dan arak)

Monday, 8 August 2011

minyak dunia menjunam, minyak malaysia masih mahal..

sumber : kenaikan bulan mei

sumber : oil-price

notasemut : lantak la kome nak sembang hal cincin gelang puluh puluh juta, koleksi beg birkin, lutut najib operate, serbuan gereja, hasan ali cas summer camp harga mahal, duit zakat hilang, kerajaan bonus setengah bulan, ah, itu gua tak peduli. ni, harga minyak dunia tengah jatuh menjunam ni apa cerita? kerajaan buat buat tak nampak ke?

Friday, 5 August 2011

(Panas)Isteri Kapten Singapura Samakan Safee Sali Dan Amirul Hadi Dengan Monyet



Kurang haja betul la. Sebab tu lah orang memang tak suka bergaul dengan orang singapura ni. Adab Takda langsung. Otak letak kat kepala. Langsung Tak profesional dengan kenyataan dia di twitter ni. Sedangkan suami dia berkawan baik dengan Safee ni.
Kite semua dah nampak usaha kuat oleh pasukan negara. Cuma mungkin nasib tak menyebelahi kita. Mungkin rezeki takda kan. Aku rasa satu Malaysia dah terima kekalahan kita ni. Tapi sebabkan kebodohan mangkuk ni sekor je membara balik rasa dihati ni. Apa dia buat?? Jom tengok bawah
Petikan dari Berita Harian mengatakan ;
Safee tuntut isteri kapten Singapura mohon maaf terbuka
BELUM pun reda bahang saingan di antara Harimau Malaya dan Singapura, bulan lalu, sudah cetus satu lagi episod panas.
 Penyerang sensasi negara, Safee Sali bernada kecewa apabila tampil menuntut agar Hidayah Shahril – isteri kepada ketua pasukan skuad Singapura, Shahril Ishak membuat permohonan maaf secara gara-gara membuat kenyataan berbaur penghinaan kepadanya dan rakan sepasukan, Amirulhadi Zainal selepas perlawanan antara Malaysia dan Singapura di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 28 Julai lalu.
Safee berdosa apa dengan dia? Pernah dia ngorat Safee tak layan ke? Aku pun hangin ni. Sedangkan yang bermain dalam padang pun boleh profesional, ni kan pulak yang duk luar. Tu la orang cakap lain kali BODOH tu jangan kedekut sangat, bagi kat orang lain jugak
Apa Komen Safee pulak??
Hidayah menerusi laman Twitter peribadinya, menggelar Safee dan Amirul tidak ubah seperti monyet kerana percubaan melakukan tendangan lipat serentak pada perlawanan berkenaan.“Saya cukup tersinggung dengan kata-kata isteri Shahril, apa lagi suaminya adalah antara sahabat saya yang turut beraksi di liga Indonesia. Malah Shahril juga meminta jersi saya selepas perlawanan tempoh hari sebagai tanda persahabatan kami, tetapi kenyataan isterinya amat menyinggung perasaan saya.”“Kami memandang serius perkara ini kerana ia menyentuh keperibadian seorang pemain profesional negara,” kata Safee dalam satu kenyataan kepada media.“Buat masa sekarang, kami belum memikirkan untuk sebarang tindakan undang-undang, tetapi cukup sekadar dia memohon maaf dan menyatakan kekesalannya kerana mengeluarkan kenyataan sedemikian serta berjanji untuk tidak mengulanginya pada masa depan.
Menurut Safee, memandangkan pasukan Singapura akan lebih kerap ke Malaysia musim depan, begitu juga sebaliknya, dia mahu isu ini diselesaikan segera supaya tidak timbul suasana tidak diingini apabila pemain terbabit kembali ke sini.
Takyah nak sabotaj lebih-lebih orang singapoorah ni. Kita sekat je bekalan air mentah dia tu. Bagi dia minum air laut je kot nak serik sket.

SimplySiti, MAMEE antara product yang tidak halal.

SimplySiti, MAMEE antara product yang tidak halal.

Mula-mula aku minta kita sabar dulu. Dan jangan fikir benda tue bila dikatakan tidak halal, ianya mesti ada babi ka apa dalam tue. Ada sebab2 kenapa satu2 makanan dan product itu tidak mendapat pengesahan sijil halal. Namun.. memang kebanyakkan kat bawah neh ada kaitan dengan BABI. Tadi ketika membaca blog sahabat blogger disini aku dapati mamee dan simplysiti, sardin marina, seri murni paste antara bahan yang dikatakan tidak mempunyai sijil pengesahah halal. 

Lihat bawah ;




Itu baru sikit kekawan.. delifrance pun tak halal.. lihat bawah ;

Huhu.. yang aku sedih sangat2 pasal mamee. Mamee neh kan siyes aku cakap sapa yang tak pernah makan? Gila arh dah berkilo2 ternak babi dalam badan tu.. aduhaiiii sedih gilaaaaa neh. Tengok bawah pula ;

Nak tahu FFM berhad tue keluarkan product apa? Tengok sini 

Nak tengok lain2 product korang kena klik sini.


Ingat dua perkara ;


1. Sila buat pemeriksaan sendiri dengan menghubungi jakim bagi mengesahkan maklumat ini


2. Sila bertanggungjawab atas diri sendir jika anda memilih untuk menyebarkan ia.



Aku terpanggil untuk sebarkan info atas kapasiti perlunya orang ramai tahu dan di dalam masa yang sama andai berita neh palsu sudah tentu akan ada yang muncul untuk betulkan ia. Dan andai senarai neh benar kenapa lahhh jakim tak siar dalam paper owhh tv? Lue fikirlah sendiri..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...