Friday, 15 July 2011

Cincin Rosmah Mansor berharga 24.5 Juta?


SEWAKTU anda sedang menjerit kesakitan dihinggapi belantan Polis, semasa anda penuh bersemangat melaungkan suara keramat rakyat, di saat anda basah kuyup disembur meriam air FRU dalam perhimpunan aman BERSIH 2.0 bagi menuntut demokrasi yang adil dan bersih, menuntut pilihanraya yang telus, ada seorang makhluk Allah yang bersenang lenang bermewah-mewahan dengan duit yang bukan dari titik peluhnya sendiri.


Pendedahan "dalaman" sistem kastam membongkarkan bahawa pembelian sebentuk cincin mewah yang berharga USD 24.5 Juta ada kaitan dengan Datin Paduka Rosmah Mansor, suami kepada Perdana Menteri Malaysia, Najib Tun Razak merangkap presiden United Malays No Otak, UMNO. Rujuk printscreen di atas.

Jenis cincin yang dibeli pula adalah sebentuk cincin mewah, Natural Fancy Blue-Gray Cushion Cut Diamond Ring [Forbes]


Akal yang waras tidak akan dapat menerima kenyataan bahawa Rosmah Mansor si "kaki shoping" ini mampu dan tergamak membeli sebentuk cincin berharga USD 24.5 Juta. Dari manakah dia dapat wang sebanyak itu?

Adakah isterinya si Najib mampu dan sanggup memberikannya wang sebanyak itu hanya untuk membeli sebentuk cincin? Adakah suami Najib ini telah menyalah gunakan peruntukan RM111 Juta yang diberikan oleh isterinya pada bajet 2011 yang lalu?[Harakah]


Di dalam paparan print screen tersebut tertulis no kad pengenalan 720413-08-5731 milik individu yang bernama, A. KRISHNAN, atau nama sebenarnya KRISHNAN A/L AIYAVOO jika disemak melalui website daftar pemilih SPR [Daftar pemilih].


Jika Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM benar-benar telus dan berani untuk menyiasat kes ini, sila ke alamat yang tertera di atas untuk memulakan siasatan. Jika SPRM tidak berani, tak mengapa ayuh tumbangkan Regim Rosmah Mansor, sejarah membuktikan Imelda Marcos, Laila Trabelsi ke penjara selepas regimnya tumbang!

ReJaM© "Undi anda akan membuka pintu penjara bagi pencuri wang rakyat!"

source: http://milosuam.blogspot.com/2011/07/cincin-rosmah-mansor-berharga-245-juta.html#ixzz1S9jbhJar

Wednesday, 13 July 2011

SPRM digesa siasat dakwaan Rosmah beli cincin RM73j


Sebuah kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia cawangan Pulau Pinang berhubung dakwaan pembelian sebentuk cincin oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

samm police report on rosmah diamond ring 130711 badrul hisham shaharinKetua SAMM Badrul Hisham Shaharin berkata beliau juga akan menyerahkan salinan cetakan dokumen itu dari skrin komputer bagi membuktikan pembelian cincin berharga US$24.4 juta (RM73 juta) itu bebas daripada dikenakan cukai import.

Menurut Badrul, yang popular dengan panggilan Chegubard, berdasarkan maklumat yang diterima SAMM pada 16 April lalu, berlian yang dikenali sebagai“Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond” diterbangkan melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Harga barangan itu diletakkan pada US$24,458,400, dakwanya.

Antara maklumat tertera pada cetakan komputer itu adalah:

Nama Barangan:
Natural Fancy Blue Gray Cushion Cut Diamond
Nama Pengekspot: Jacob & Co dari New York
Nama Pengimpot: Datin Seri Paduka Rosmah Mansor dan Jeremi Beh Sin Tee
Tarikh Impot: 6-04-2011
Tempat Impot: KLIA

Sehubungan itu, Badrul menggesa SPRM mengadakan siasatan secara terperinci dan telus sebelum menyatakan hasil siasatan.

"Kita mendesak SPRM untuk tampil menyatakan hasil siasatan mereka kepada umum kerana ini melibatkan bukan sedikit jumlah wang rakyat Malaysia."

Beliau berkata cetakan maklumat yang diperolehi "hampir mustahil" untuk dipalsukan.

samm police report on rosmah diamond ring 130711 group"Hampir mustahil untuk seseorang membekalkan butiran penerbangan, nama pegawai kastam yang bertugas, nama pengimport dan sebagainya," kata beliau.

"Ini mengingatkan kita kepada negara jiran kita yang pernah dihancurkan oleh seorang wanita pertama yang bernama Imelda Marcos. Kita tidak mahu negara kita jadi begitu.

“Cukuplah rakyat yang terseksa. Kita tidak mahu orang yang bernama sebagai wanita pertama bersikap sedemikian rupa." tambahnya.

Badrul turut menggesa Rosmah tampil memberi penjelasan bersabit dakwaan itu, khususnya mengenai cetakan maklumat pengisytiharan Kastam yang diperolehinya.

Beliau juga berkata syarikat Jacob dan Co yang dikatakan mengeksport cincin itu, turut dikaitkan dengan barangan perhiasan yang diguna oleh isteri Perdana Menteri.

NONE"Jacob & Co merupakan sebuah syarikat yang berpengkalan di New York. Beberapa barang keluarannya yang terpapar dalam web sitenya, kita dapat padankannya dengan beberapa perhiasan yang sering dipakai oleh Rosmah Mansor," katanya.

Beliau juga mempersoalkan bagaimana pengimport cincin berlian itu mendapat pengecualian cukai bagi membawa masuk perhiasan itu.

"Adakah suami individu yang dinamakan di atas menggunakan kuasanya sebagai Menteri Kewangan untuk memperolehi cukai kosong itu?" soalnya.

BERSIH: Suhakam siasat dakwaan keganasan polis

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) hari ini mengumumkan ia akan mengadakan siasatan awam terhadap dakwaan keganasan polis sewaktu perhimpunan BERSIH 2.0 Sabtu ini.

NONEBagaimanapun, ia sedang mengkaji bidang rujukan siasatan tersebut yang akan diumumkan kemudian.

Pesuruhjaya Suhakam, Datuk Dr Khaw Lake Tee mengumumkan demikian selepas menerima memorandum dari peserta perhimpunan BERSIH yang diketuai ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah.

Peserta BERSIH: Polis ancam nak bunuh saya

Beberapa peserta perhimpunan BERSIH menggesa Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menyiasat dakwaan keganasan polis yang dialami mereka semasa perhimpunan itu Sabtu lalu.

Diketua ahli jawatankuasa pemandu BERSIh 2.0, Maria Chin Abdullah, kira-kira 30 peserta menyerahkan memorandum kepada timbalan pengerusi Suhakam, Datuk Dr Khaw Lake Tee di ibupejabat suruhanjaya itu di Kuala Lumpur hari ini.

Sebelum menyerahkan memorandum tersebut, empat peserta mengimbas kembali pengalaman traumatik mereka dengan pihak polis pada hari berkenaan.

Salah seorang daripada mereka mendakwa seorang anggota polis mengancam untuk membunuhnya ketika menangkapnya.

NONEKatanya, kejadian itu berlaku ketika dia sedang berjalan kaki di hadapan Dataran Pahlawan dengan sepupunya pada jam 4.10 petang selepas perhimpunan itu telah bersurai.

Menurutnya, dia kemudiannya ternampak sekumpulan FRU hendak menyerbu ke arah seorang lelaki muda yang tidak melakukan apa-apa,sedang berdiri di atas jalan.

Berikutan itu, dia meminta mereka jangan memukul lelaki itu kerana dia tidak berbuat apa-apa pun.

Sebaliknya, kata beliau, anggota FRU menyerbu ke arahnya. Manakala sepupunya yang meminta polis jangan memukulnya, turut ditangkap.

Beliau mendakwa polis menendang dan menumbuknya semasa ditangkap, dan mencederakan dahinya (atas) dan tangan (bawah).

NONEPengadu lain termasuk aktivis Sarawak Hii Tiong Huat, yang ditahan sehari sebelum perhimpunan tersebut, dan bapa saudara dan anak kepada Baharuddin Ahmad, yang meninggal dunia selepas ditangkap pada hari Sabtu.

'Kedah haramkan pusat hiburan semasa Ramadan'

Kerajaan Kedah pimpinan PAS mengarahkan semua pusat hiburan di negeri itu mengentikan operasinya pada Ramadan ini.

Menurut harian berbahasa Cina Guang Ming, kerajaan negeri mengeluarkan arahan bertulis kepada semua pejabat daerah memaklumkan perkara itu.

MCA dilaporkan menyelar tindakan itu yang didakwanya sebagai perlanggaran hak asasi manusia dan hak dalam perlembagaan terhadap bukan Islam.

Ketua biro profesional muda MCA Chua Tee Yong berkata, pengharaman itu melibatkan 13 jenis pusat hiburan, termasuk panggung wayang, pusat snuker dan permainan video, karaoke, bowling dan pub.

penang kedah timber logging azizan abdul razak 310708 03Bagaimanapun, The Star, memetik Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak (kiri) sebagai berkata, kafe siber, bowling dan pusat snuker tidak termasuk dalam larangan itu.

Azizan juga dilaporkan berkata, persembahan langsung penyanyi di bar, hotel, restoran, kedai makan dan tempat yang mudah diaskes oleh orang awam tidak dibenarkan.


Dilaporkan semua kedai makan Cina yang menyediakan makanan untuk pelanggan antarabangsa dibenarkan beroperasi seprti biasa, termasuk restoran makanan segera seperti KFC, McDonald dan Pizza Hut.

Semut -  DIHARAP SEMUA BANGSA DAPAT MMANDANG ARAHAN INI SUDUT YG POSITIF... BG MHORMATI AGAMA ISLAM DI BULAN RAMADHAN... TUNJUKKAN SIFAT KASIH DAN SAYANG ANTARA SATU BANGSA DAN BGSA YG LAIN... SEMOGA KITA AKAN TERKENAL DGN BUDAYA HORMAT-MENGHORAMATI...

Sebelas doktor tampil sahkan hospital diserang

Sekumpulan doktor kanan dan pakar perubatan telah mengeluarkan kenyataan membidas kerajaan berhubung 'serangan polis' ke atas peserta perhimpunan BERSIH 2.0 Sabtu lalu di dua buah hospital.

bersih rally 090711 police shooting into tung shin hospitalSehubungan itu, dalam satu kenyataan media kepada organ rasmi PAS Harakahdaily hari ini, doktor berkenaan yang bertugas di Hospital Tung Shin dan Hospital Bersalin Cina di Jalan Pudu berkata mereka akan mengemukakan afidavit bagi menyokong hujah bahawa hospital diserang.

Mereka mendakwa tindakan polis pada Sabtu lalu jelas mencabul pengiktirafan antarabangsa apabila hospital sebagai tempat santuari diserang.

Malah menurut sebeles doktor berkenaan, semasa peperangan hospital juga tidak akan diserang tetapi dalam kes di Malaysia, polis memasuki bangunan hospital bagi mencari peserta yang melarikan diri daripada tembakan gas pemedih mata dan pancutan air berkimia.

tear gas fire at tung shin hospital 090711 3"Apa yang paling menakutkan dan disaksikan ramai bahawa serangan yang tidak dihasut itu berlaku di kawasan hospital dan beberapa peserta masuk ke hospital bagi mencari perlindungan daripada tembakan gas pemedih mata dan pancutan meriam air,” kata mereka.

Ini adalah reaksi pertama oleh sekumpulan pakar perubatan berikutan penafian pihak polis dan kerajaan bahawa tidak ada gas pemedih mata dilontarkan ke perkarangan hospital pada 9 Julai lalu.
Isnin lalu, menteri kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata polis tidak menembak gas pemedih mata dan meriam air ke arah Hospital Tung Shin ketika menyuraikan perhimpunan BERSIH 2.0.

azlanKatanya, dakwaan yang berlegar di media internet berhubung tembakan ke arah hospital itu adalah tidak benar.

Liow juga berkata sebenarnya polis menembak gas pemedih mata itu ke arah jalan besar dan asap berkenaan mungkin dibawa angin ke arah hospital berkenaan.
Beberapa rakaman video dan gambar yang dikemukakan terus diperlekehkan oleh kerajaan termasuk anggota jemaah menteri.

Menurut kesebelas-sebelas doktor berkenaan, pihak berkuasa tanpa rasa malu terus menafikan serangan itu di sebalik pelbagai bukti yang dikemukakan dan ramai saksi yang tampil membuat pengakuan.

Kenyataan media itu ditandatangani oleh Dr Musa Nordin, Dr Sheikh Johari Bux, Dr Ng Kwee Boon, Dr Ng Swee Choon, Dr Ronald Macoy, Dr David Quek, Dr Mary Cardozo, Dr Farouk Musa, Dr Mazeni Alwi, Dr Pixie Low dan Dr Steve Wong.

tear gas fire at tung shin hospital 090711 1"Adalah menjijikkan pihak berkuasa yang diamanahkan tanggungjawab kepolisian menjaga negara dan melindungi mereka yang lemah, tanpa rasa malu menafikan perbuatan mereka secara umum, di sebalik kejadian itu disokong banyak gambar, video dan pengakuan saksi termasuk pemerhati berkecuali,” kata mereka.

Doktor-doktor itu berkata mereka tidak berhasrat menyertai polemik selepas perhimpunan itu, tetapi sebahagian daripada mereka yang sedang bertugas ketika kejadian, bersedia memberi keterangan bersumpah, jika diperlukan bagi memberitahu apa yang sebenarnya berlaku.

Laporan pro-BERSIH 2.0, akhbar Cina ditegur?

Editor kanan tiga akhbar Cina dipanggil ke Kementerian Dalam Negeri semalam, dipercayai berhubung liputan media yang didakwa memihak penganjur perhimpunan BERSIH 2.0.

Menurut sumber yang membuat dakwaan itu surat tunjuk sebab akan menyusul tidak lama lagi.

Berita mengenai mesyuarat itu tersebar apabila editor berkenaan pulang ke pejabat masing-masing dan mengadakan mesyuarat dalaman mereka.

Unit Kawalan Penerbitan dan Al-Quran mengesahkan mesyuarat memang berlangsung tetapi menganggapnya hanya sebagai 'mesyuarat biasa'.Tiada amaran

"Kami memang bermesyuarat dengan (editor) akhbar Cina, Melayu dan Inggeris dari semasa ke semasa bagi membincangkan laporan yang kita tidak senang hati,” kata ketua unit itu, Abd Aziz Md Nor ketika dihubungi hari ini.

chinese newspapers bersihBeliau pada mulanya menafikan mesyuarat seumpama itu berlangsung tetapi mengakuinya setelah disahkan oleh ketua setiausaha kementerian berkenaan Tan Sri Mahmood Adam.

Abdul Aziz juga enggan mendedahkan jika mesyuarat itu ada kaitan dengan perhimpunan BERSIH 2.0 pada Sabtu lalu tetapi hanya berkata mereka membincangkan “pelbagai isu”.

Menurut beliau tidak ada amaran lisan diberikan.

Apabila ditanya sama ada surat tunjuk sebab akan dikeluarkan, beliau berkata: “Saya dah beritahu, tiada amaran”.

Beliau juga enggan mendedahkan akhbar Cina mana yang diminta menghantar perwakilan mereka ke mesyuarat berkenaan.

Adalah difahamkan akhbar berkenaan adalah Sin Chew, Nanyang Siang Pau dan China Press.

Ketiga-tiga akhbar dimiliki oleh jutawan media Tan Sri Tiong Hiew King melalui Media Chinese International Ltd.

Noh: Ambiga 'cucuk hidung' MP Pakatan

Menteri Pertanian dan Asas Tani Datuk Seri Noh Omar menyifatkan pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) Datuk S Ambiga "lebih hebat" daripada ahli parlimen Pakatan Rakyat.

NONEDengan sinis, Noh (kanan) berkata, ahli parlimen Pakatan "macam lembu dicucuk hidung" dengan mengikut kata-kata Ambiga, antaranya dalam cadangan mengadakan 'Sabtu kuning' setiap minggu.

"Nampaknya, Ambiga ini lebih hebat daripada ahli-ahli parlimen (Pakatan). Bagi saya, Ambiga buat macam itu, dia menghina ahli-ahli parlimen pembangkang yang ada pada hari ini.

"Kerana dalam parlimen, ramai ahli parlimen. Kalau sebagai ahli parlimen berbagai cara, mereka boleh menyuarakan lapan perkara, yang mereka tidak puas hati.

"Sepatutnya tugas ahli parlimen, tapi apa ahli parlimen buat," katanya ketika diminta mengulas saranan Ambiga supaya rakyat memakai apa-apa sahaja yang berwarna kuning sebagai sokongan berterusan kepada lapan tuntutan BERSIH.

Kenyataan Noh itu bagaimanapun dilihat bertentangan dengan pandangan Datuk Seri Najib Razak yang mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan dalang sebenar di sebalik perhimpunan itu.

Dinafikan hak bersuara

Perdana menteri pada 10 Julai dilaporkan berkata, perhimpunan Sabtu lalu merupakan rancangan terdesak ketua pembangkang untuk memanipulasi rakyat bagi meraih sokongan.

Bercakap dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini, Noh turut mengulas penggantungan dua ADUN BN Selangor dari menghadiri perbahasan sidang DUN Selangor semalam kerana mengingkari arahan speaker.

selangor dun state assembly 120309Katanya, apa yang berlaku menggambarkan "demokrasi sebenar" Pakatan yang sebelum ini lantang melaungkan slogan demokrasi dan kebebasan sebelum mengambil alih Selangor dalam pilihan raya umum 2008.

"Tetapi apabila berkuasa, di mana hak demokrasi kalau wakil rakyat hendak bercakap seperti mana mereka (Pakatan) mahu sebelum ini," katanya yang juga timbalan pengerusi perhubungan Umno negeri.

Semalam dilaporkan Ketua Pembangkang Datuk Mohamad Satim Diman diarahkan keluar DUN setelah mempertikaikan tindakan ADUN Sekinchan Ng Suee Lim yang dikatakan cuba memetik hadis dalam perbahasannya.

Manakala Ketua penerangan Umno negeri Abdul Shukor Idrus yang juga ADUN Kuang pula didakwa tidak mengendahkan larangan menyebut nama Yang di-Pertuan Agong ataupun Raja-raja Melayu dalam perbahasan.

Beliau yang juga ahli majlis tertinggi Umno mendakwa kerajaan Selangor sekarang menafikan kebebasan bersuara kepada BN sebagai pembangkang negeri.

Sumber Malaysiakini

Admin - Ni lagi satu dah berapa kali orang cakap BERSIH & Ambiga tidak ada kene mengena dengan PR atau mana2 invidu, mereka yg turun semuanya untuk mendapatkan pilihanraya yang BERSIH, tak habis lagi dok guna nama Ambiga yg di kutuk keras kerana mempertahankan Lina Joy. Dalam 8 tuntutan BERSIH tak ada 1 pon untuk mempertahankan mana2 individu sama ada Ambiga atau Lina Joy, tuntutan hanya untuk keadilan pilihan raya pada SPR. Kalau ada 1 tuntutan untuk mempertahankan individu yang saya cakap di atas tu, ingat orang Islam yg menentangnya dulu nak ke turun perhimpunan, apa yg di ajar Islam apa yang baik kena sokong, apa yg buruk kena tentang, bila menteri Umno nak buat baik pulak? cuba buat perhimpunan atau kempen "Jom puasa penuh" atau "jom solat 5 waktu" mesti ramai org Islam akan sokong anda walaupun ada antaranya penyokong PR. Letih cakap dengan org yg tak faham bahasa ni, nak mempertahankan kuasa sanggup buat apa saja.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...